Dasar Privasi

Dikemas kini: 11/11/2026

Dasar ini menerangkan data yang Kedai AnnurPro ("kami") kumpul, kenapa ia diperlukan, dan hak anda ke atas data itu. Kami cuba kumpul sesedikit data yang boleh.

1. Data peniaga

Bila anda log masuk dengan Google, kami terima dan simpan:

Kami tidak minta kata laluan Google anda, dan tidak mengakses Gmail, Drive, kenalan atau data Google lain.

Bila anda bina kedai, kami simpan maklumat yang anda isi sendiri: nama kedai, link kedai, penerangan, nombor WhatsApp, warna tema, produk, kategori, harga, templat mesej dan gambar yang anda muat naik. Maklumat kedai, produk dan nombor WhatsApp ini dipaparkan secara awam di halaman kedai anda, kerana itulah tujuan perkhidmatan ini.

2. Penggunaan data Google

Data yang diterima daripada Google hanya digunakan untuk log masuk dan menghubungi anda tentang akaun anda. Penggunaan dan pemindahan maklumat daripada Google API mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use. Kami tidak menjual data ini, tidak menggunakannya untuk iklan, dan tidak berkongsi dengan pihak ketiga kecuali penyedia infrastruktur yang disenaraikan di bawah.

3. Data pelanggan kedai

Kami tidak menyimpan order. Troli pelanggan disimpan dalam pelayar (browser) pelanggan sahaja. Bila pelanggan tekan hantar, mesej order (termasuk nama, alamat atau nota jika diisi) dihantar terus dari peranti pelanggan ke WhatsApp peniaga. Mesej itu tidak melalui pelayan kami. Selepas itu, urusan antara pelanggan dan peniaga adalah tanggungjawab peniaga.

4. Pembayaran langganan

Bayaran pelan Pro diproses oleh penyedia pembayaran pihak ketiga (BCL / Bayarcash). Kami tidak menerima atau menyimpan nombor kad atau butiran perbankan anda. Kami simpan rekod bayaran: nombor order, jumlah, tempoh dan e-mel pembayar, untuk mengaktifkan pelan dan untuk rekod perakaunan.

5. Cookie dan storan pelayar

Kami tidak guna cookie iklan atau alat penjejakan pihak ketiga.

6. Di mana data disimpan

Sistem ini berjalan di Cloudflare (pangkalan data D1, storan gambar R2, dan Pages). Data mungkin disimpan atau diproses di luar Malaysia. Cloudflare juga menyimpan log teknikal permintaan (seperti alamat IP) untuk keselamatan dan operasi.

7. Tempoh simpanan

8. Hak anda

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), anda boleh:

9. Hubungi kami

Untuk soalan privasi atau permintaan data: e-mel sokongan kami.

Kami akan maklumkan perubahan besar pada dasar ini melalui halaman ini.